YA RAZAK..
Salam..aku memuji kebesaranmu YA ALLAH..Tuhan yg memberi rezeki kepada kita..ermm kenapa yer kali ni aku menulis psl emas pulak..aku tiba2 terfikir masa yg akan mendatang adakah duit akan bernilai..aku bkn lah pakar dlm bidang ekonomi,cuma ini tafsiran org tak belajar macam aku lar..cuba kita fikir kan jikalau tiba2 dunia kembali berperang..sesuatu mata wang itu tidak lg bernilai..jadi apa akan terjadi pada masa itu utk urusan urus niaga..jawapan yer EMAS..tapi biar aku cuba terangkan sedikit idea bodoh aku ini..
Aku mula kan dulu mengenai duit,seperti yg kita maklum tertera di duit itu "wang ini sah diperlakukan dgn nilai"..ini bergantung kepada keadaan ekonomi dunia..itu belum lg kerja2 manipulasi mata wang ..kertas yg kita cari&julang itu sebenar yer hanya kertas biasa,kita yang menentukan nilai sesuatu duit itu,jadi pernah kah kita terfikir apakah material yg berharga&bernilai..jikalau kita membeli berjuta saham sekali pun itu cuma catatan di kertas&dan ia cuma satu bentuk perniagaan..perang@kegawatan ekonomi berlaku kedua sumber ini tidak memberi sebarang manfaat. ingat tak masa tahun 1997,ekonomi gawat nilai mata wang jatuh mendadak.ini bukankah disebabkan oleh manipulasi mata wang..&ingat lagi tak saranan mantan PM kita Dr M,beliau menyaran kan pengunaan dinar emas..ok aku kupas kan emas yg pertama dulu(tanah)..
Tanah akan menjadi satu bentuk penaklukan penting pada masa hadapan..sekarang telah terbukti dgn nilai tanah yg tinggi..sesuatu kuasa pemerintahan pun amat memerlukan tapak@tanah utk mengukuhkan kekuasaan..memang sekarang kita melihat peperangan cuba utk menguasai salah satu emas juga(minyak)..bukankah minyak jugak bertapak di dlm tanah(bumi)..contoh lain pula aku cuba kait kan disini antara persempadanan sesuatu negara..negara Malaysia vs Singapura(pulau Batu Putih)..ini bukan sahaja semata mata berebut tanah(pulau) yg kecil tapi agenda tersendiri sesuatu negara..nampak bukan kah penting emas(tanah) itu,iya sunguh bernilai..yg kadang kala tidak mampu ditukar ganti dgn duit..
Seterus yer emas tulen(999)..emas memang bernilai dari dulu hingga bila2.. sekarang harga emas melambung tinggi akibat ramai orang2 kaya takut dgn kejatuhan nilai mata wang,jadi diorang ni menjadikan emas sebagai aset simpanan..emas memang sepatut yer dari dulu lg kita jadikan satu bentuk pelaburan(bkn yer simpan kat pajak gadai..hhee)sekarang baru aku melihat pihak bank menawarkan plan pelaburan emas..sebab yer satu jer emas bernilai tinggi,risiko yer rendah..cuba kita bayangkan jikalau emak@atuk kita ada menyimpan emas didlm sesuatu institusi yg sah dlm tempoh 10-20 thn lampau..sekarang mungkin kita dah ada sikit senang lar..begitu juga dlm urusan urusniaga jikalau emas yg menjadi nilai dagangan maka tiada lar kemelesetan ekonomi berlaku..dan sekarang aku melihat ada jugak pihak2 tertentu cuba mengunakan dinar emas..ini satu langkah yg bijak..aku cadangkan juga perkahwinan mengunakan dinar emas contohnya sebagai mas kawin..hehe
Makanan pula juga adalah emas bg aku..tanpa makan@minum bolehkah kita hidup..semasa jepun cuba menakluk asia dulu pun,salah satu sebab yer psl makanan..org sangup berbunuhan psl makan pada masa darurat,masa ditimpa bencana&peperangan..aku melihat ketiga-tiga emas ini berkait rapat antara satu sama lain..aku cuba kait kan yer dgn emas(tanah)..tanah akan menjadi bahan jualan utk mendapatkan emas(emas tulen)..emas tulen pulak akan menjadi nilai urusniaga utk mendapatkan emas(makanan)..emas(makanan) adalah keperluan yg utama utk meneruskan kehidupan..
Adakah aku sedari pengunaan ketiga emas2 ini?apakah langkah bijak yg aku cuba lakukan utk menyelamatkan diri&keluarga?pelaburan manakah yg aku cuba ceburi?adakah yang kaya akan terus kaya?
Maka kesimpulan kehidupan bg aku akan sentiasa berkait rapat antara satu sama lain..antara sedar akan kelalaian kita atau tidak..peluang masih terhidang utk aku mencari kehidupan yg lebih bermanfaat..WASALAM
kalau macam tu jangan lupe beli kan emas byk-byk utk yg tersyg..;p
ReplyDelete