Tuesday, November 9, 2010

duit,emas(tanah,emas tulen,makanan)&kehidupan

YA RAZAK..

Salam..aku memuji kebesaranmu YA ALLAH..Tuhan yg memberi rezeki kepada kita..ermm kenapa yer kali ni aku menulis psl emas pulak..aku tiba2 terfikir masa yg akan mendatang adakah duit akan bernilai..aku bkn lah pakar dlm bidang ekonomi,cuma ini tafsiran org tak belajar macam aku  lar..cuba kita fikir kan jikalau tiba2 dunia kembali berperang..sesuatu mata wang itu tidak lg bernilai..jadi apa akan terjadi pada masa itu utk urusan urus niaga..jawapan yer EMAS..tapi biar aku cuba terangkan sedikit idea bodoh aku ini..

Aku mula kan dulu mengenai duit,seperti yg kita maklum tertera di duit itu "wang ini sah diperlakukan dgn nilai"..ini bergantung kepada  keadaan ekonomi dunia..itu belum lg kerja2 manipulasi mata wang ..kertas yg kita cari&julang itu sebenar yer hanya kertas biasa,kita yang menentukan nilai sesuatu duit itu,jadi pernah kah kita terfikir apakah material yg berharga&bernilai..jikalau kita membeli berjuta saham sekali pun itu cuma catatan di kertas&dan ia cuma satu bentuk perniagaan..perang@kegawatan ekonomi berlaku  kedua sumber ini tidak memberi sebarang manfaat. ingat tak masa tahun 1997,ekonomi gawat nilai mata wang jatuh mendadak.ini bukankah disebabkan oleh manipulasi mata wang..&ingat lagi tak saranan mantan PM kita Dr M,beliau menyaran kan pengunaan dinar emas..ok aku kupas kan emas yg pertama dulu(tanah)..

Tanah akan menjadi satu bentuk penaklukan penting pada masa hadapan..sekarang  telah terbukti dgn nilai tanah yg tinggi..sesuatu kuasa pemerintahan pun amat memerlukan tapak@tanah utk mengukuhkan kekuasaan..memang sekarang  kita melihat peperangan cuba utk menguasai salah satu emas juga(minyak)..bukankah minyak jugak bertapak di dlm tanah(bumi)..contoh lain pula aku cuba kait kan disini antara persempadanan sesuatu negara..negara Malaysia vs Singapura(pulau Batu Putih)..ini bukan sahaja semata mata berebut tanah(pulau) yg kecil tapi agenda tersendiri sesuatu negara..nampak bukan kah penting emas(tanah) itu,iya sunguh bernilai..yg kadang kala tidak mampu ditukar ganti dgn duit..

Seterus yer emas tulen(999)..emas memang bernilai dari dulu hingga bila2.. sekarang harga emas melambung tinggi akibat ramai orang2 kaya takut dgn kejatuhan nilai mata wang,jadi diorang ni menjadikan emas sebagai aset simpanan..emas memang sepatut yer dari dulu lg kita jadikan satu bentuk pelaburan(bkn yer simpan kat pajak gadai..hhee)sekarang baru aku melihat pihak bank menawarkan plan pelaburan emas..sebab yer satu jer emas bernilai tinggi,risiko yer rendah..cuba kita bayangkan jikalau emak@atuk kita ada menyimpan emas didlm sesuatu institusi yg sah dlm tempoh 10-20 thn lampau..sekarang mungkin kita dah ada sikit senang lar..begitu juga dlm urusan urusniaga jikalau emas yg menjadi nilai dagangan maka tiada lar kemelesetan ekonomi berlaku..dan sekarang aku melihat ada jugak pihak2 tertentu cuba mengunakan dinar emas..ini satu langkah yg bijak..aku cadangkan juga perkahwinan mengunakan dinar emas contohnya sebagai mas kawin..hehe

Makanan pula juga adalah emas bg aku..tanpa makan@minum bolehkah kita hidup..semasa jepun cuba menakluk asia dulu pun,salah satu sebab yer psl makanan..org sangup berbunuhan psl makan pada masa darurat,masa ditimpa bencana&peperangan..aku melihat ketiga-tiga emas ini berkait rapat antara satu sama lain..aku cuba kait kan yer dgn emas(tanah)..tanah akan menjadi bahan jualan utk mendapatkan emas(emas tulen)..emas tulen pulak akan menjadi nilai urusniaga utk mendapatkan emas(makanan)..emas(makanan) adalah keperluan yg utama utk meneruskan kehidupan..

Adakah aku sedari pengunaan ketiga emas2 ini?apakah langkah bijak yg aku cuba lakukan utk menyelamatkan diri&keluarga?pelaburan manakah yg aku cuba ceburi?adakah yang kaya akan terus kaya?
Maka kesimpulan kehidupan bg aku akan sentiasa berkait rapat antara satu sama lain..antara sedar akan kelalaian kita atau tidak..peluang masih terhidang utk aku mencari kehidupan yg lebih bermanfaat..WASALAM

Thursday, November 4, 2010

Mati,adat&kehidupan

YA RAHMAN...YA RAHIM..

Assalammualaikum...salam  dari seorg bloger yg baru nak berjinak-jinak dlm dunia blog.Aku menulis hanya utk cuba memotivasi diri&memberi peringatan pada diri aku sendiri..mungkin title permulaan aku bermula tentang mati agak pelik..tetapi itu lar hakikat yg tak boleh dielakkan&mati juga adalah titik mula kehidupan yang sebenar kekal&abadi..cuma bg permulaan ni aku x kan kupas sgt..lg pun aku bkn pandai sgt..

Mati adalah salah satu dari 5 pekara yg kita sebagai hamba tidak mampu dicapai oleh akal fikiran hamba NYA..walau  seluruh  ilmu manusia dimuka bumi dikumpul tetap tidak boleh mengetahui tentang 5 pekara(MATI)..berfikir atau tersedarkah kita bila nyawa kita akan dijemput YA RABB..melihat sayap malaikat@melihat muka  malaikat PENCABUT NYAWA yg tiada tolok ganti GERUN nya kah cara kita jemput(cara hemah@ganas nyawa di cabut)..

"INNALILLAH HIWAINNAILA HIRAJIUN"(dari ALLAH kita dtg,kepada ALLAH kita kembali) ini adalah kata2 yg biasa kita ucapkan apabila seseorg meninggal dunia tetapi adakah kita mengerti akan maksud kalimah agung itu.kalimah ini adalah salah satu ayat yg boleh  memotivasi diri kita apabila selalu mengamal&memahami maksudnya..ia mengajar kita tentang asal usul&kematian yg tiada"amaran"...maka ucapkan lah kalimah ini menjadi zikir setiap masa walau apa kejadian,suka duka,musibah,bencana..  

Disini aku cuba kait kan sedikit tentang adat melayu..contoh nya berkaitan mati..menjadi&menjaga adat itulah yg terjadi dlm masyarakat  kita..aku terfikir tentang "manusia"yg tidak tahu membezakan antara adat &hukum..mana yg patut didulukan atau diamalkan..masyarakat lebih tersinggung apabila ditingalkan adat daripada mengamalkan hukum ALLAH ..aku mengelarkan meraka ini  golongan yg mengamlkan hadis&sunah melayu..mungkin agak kasar bahasa aku,tetapi itulah realiti..cuba kita renungkankan adat melayu,waris simati seboleh nya akan menunggu anak@sedara jauh sampai,baru hendak dikebumikan..simati perlu menunggu lama utk dikebumikan ,sedangkan simati tetap telah mati..jikalau menunggu pun sedara mara yg jauh simati tetap tidak akan hidup kembali..KENAPA semasa si mati hidup tidak diziarahi,tidak dieratkan silaturahim..hukum menyatakan mengkebumikan jenazah secpt yg boleh itu sgt afdal&mengeratkan silaturahim sesama kita juga sgt dituntut...

Inilah pengalaman yg mencorak perjalanan kehidupan aku..kehidupan yg selalu melekakan aku walau sesaat pun ..masa yg berdetik umpama hampir mati yg pasti akan menjemput aku..dari mana arah akan dituju, menuju kehidupan yg abadi.. aku berdoa sentiasa ada hidayah,iman&islam dlm diri aku..wasalam